Kami penggerak, pencipta dan pendengar. Kami adalah INVOKE.

INVOKE digerakkan oleh rakyat biasa yang dahagakan perubahan dan mahu menamatkan 60 tahun pemerintahan yang tidak berkesan, rasuah dan tidak adil.

Satu untuk semua. Semua untuk satu.

ARSHAD HASSNI

Seorang jurutera muda yang menyangkakan hidupnya sudah dirangka dengan baik, sehingga dia bertemu INVOKE. Hidupnya belum pernah sebaik sekarang

SUHASLINDAWATI

Jujur, penyayang dan boleh dipercayai. Percaya bahawa kejayaan boleh digenggam dengan usaha dan kesabaran. Moto hidup: “Tiada yang mustahil. Keyakinan dan keazaman membolehkan aku menempuh segala rintangan yang mendatang. Teruskan berjuang!”

KOH WYHOW

Lebih suka berbicara dengan komputer daripada manusia. Suka berenang. Gilakan teknologi dan perisian terkini

MUHAMMAD SYAFIQ

Seorang pengembara yang suka memandu serta berminat dengan sains dan teknologi, budaya dan apa yang berlaku di sekellingnya. Seorang yang berminat tentang Jepun (tidak terlalu fanatik).

MADIHAH AKMAL

Beliau ialah pengasas bersama Malaysian Progressives di Australia (MPOZ) pada tahun 2014 yang menggalakkan wacana politik dan gerakan belia Malaysia di luar negara. Madihah kini mahasiswa di Melbourne University dan sedang berkempen menyeru keadilan untuk pelajar-pelajar antarabangsa yang menghadapi exploitasi di tempat kerja.

MATT LAI

Rumit. Seorang pemuda yang sinis, suka bersendirian dan gemar mengumpul barang. Peminat muzik rap dan hutan belantara. Kebiasaannya ramah pada hari bekerja

HIDAYAT JAMALOLAIL

“Kerumitan dunia selesai dengan rekacipta yang hebat.”

Banyak sangat fikir masalah dunia, aku fikir aku perlu rehat. Selesaikan kerja ‘design’ satu persatu. Esok hari baru.

MUHAMMAD NAJMUDDIN

Sentiasa memberikan yang terbaik dalam setiap perkara walau sekecil mana usaha dan peranannya

NA’IM BRUNDAGE

Digital Musketeer’ di siang hari, ninja menentang kezaliman di malam hari. Dalam erti kata lain, suka berhalusinasi

JULIANA EDGAR

Seorang nomad dalam pencarian burger terbaik di dunia. Sentiasa kelaparan

AHMAD TAMIM KHALILI

Sentiasa di hadapan komputer sambil berfikir tentang keadaan ekonomi dan nasib generasi masa kini dan akan datang.

ALI BIN ABDUL KADIR

Pemegang Ijazah Statistik. Mempunyai impian untuk menubuhkan syarikat analisis data yang memfokuskan pada sukan. Peminat tegar bola sepak – yakin Malaysia mampu ke Piala Dunia Bolasepak 2022. Setia terhadap Manchester United. “Hidup Bola, Tidur Bola, Makan Bola”

Share This