OBJEKTIF

INVOKE berhasrat untuk membantu Pakatan Harapan memenangi pilihanraya pada masa hadapan dengan gabungan elemen  menggerakkan komuniti (community organising), penyasaran secara mikro (micro-targeting) dan pembiayaan oleh akar umbi (grassroots financing) yang semuanya disokong oleh Data Besar Analytic (Big Data Analytics).

GERAKAN KOMUNITI

Walaupun khidmat masyarakat meningkatkan kualiti hidup dan membina kehidupan yang positif, tetapi semua ini masih tidak mencukupi.

Kami di INVOKE percaya bahawa perubahan bermakna hanya boleh dicapai sekiranya berlaku perubahan pentadbiran dan kerajaan. Oleh yang demikian, INVOKE akan menggerakkan komuniti untuk menyokong pemimpin yang berjiwa rakyat.

Pendekatan ini akan menekan calon-calon Pakatan Harapan supaya komited membawa perubahan yang signifikan kepada kehidupan rakyat. Akhirnya, kempen diakhiri dengan mendaftarkan pengundi, merekrut ejen-ejen “polling & counting” (PACA) menjelang pilihanraya.

Gerakan akar umbi sekaligus menjadi barisan sokongan dan timbang tara kepada pemimpin politik.

Aktiviti menjelang Hari Mengundi

  • Khidmat masyarakat
  • Bengkel-bengkel percuma
  • Klinik-klinik percuma

Advokasi Masyarakat

  • Ceramah kelompok
  • Petisyen

Kempen Bersama Masyarakat

  • Pendaftaran Pengundi
  • Meraih Undi

BIAYA AWAM

Dalam pertarungan yang semakin sengit cuba meraih sokongan rakyat, pendekatan profesional dan efektif adalah mustahak.

Seni reka yang kelihatan profesional dan moden akan menarik pengundi-pengundi muda dan akan membantu untuk meyakinkan pengundi bahawa Pakatan Harapan adalah bersedia untuk mentadbir.

Bakat-bakat muda yang bekerja sepenuh masa dengan kemahiran-kemahiran dalam teknologi maklumat, komunikasi awam dan pengurusan akan memastikan INVOKE berjaya mendepani gergasi BN-UMNO.

Segala usaha ini akan menelan belanja besar.

INVOKE akan mendapatkan lebih banyak sumbangan daripada penyumbang-penyumbang kecil bukan hanya kerana kami perlukan sumbangan kewangan semata-mata tetapi pendekatan ini adalah lebih berprinsip dan demokratik.

Share This