#UntungDaftar

Hadiah untuk Pusingan Kelima:

50 x T-shirt BERSIH-INVOKE

 

#UntungDaftar ialah pertandingan untuk pengundi baru . Anda hanya perlu mencipta slogan untuk menggalakkan golongan belia untuk mendaftarkan diri sebagai pengundi.

Setiap minggu, kita akan menganugerahkan hadiah kepada pencipta slogan terbaik!. Tarikh akhir untuk pusingan minggu ini ialah 2359 31 October 2016.

 

 

Sertailah pertandingan ini!

 

FAQ

1. Perlukah saya mengundi untuk mana-mana calon atau parti, jika saya menyertai pertandingan ini?
Tidak, anda berhak menyokong mana-mana calon atau parti yang anda suka.

2. Bagaimanakah INVOKE akan hubungi saya, jika saya menang?
Kami akan menghubungi anda melalui emel dan telefon. Sila pastikan butiran-butiran anda diisiikan dengan  tepat.

3. Bagaimanakah saya dapat menerima hadiah wang tunai tersebut?
INVOKE akan menghantar wang tunai tersebut melalui bank transfer dan akan hubungi anda untuk mendapatkan butiran akaun bank anda..

 

  • Cari lokasi pejabat pos terdekat di sini atau pejabat SPR terdekat di sini.
  • Datang sendiri ke pejabat pos atau pejabat SPR.
  • Serahkan IC anda kepada petugas pos atau SPR yang akan isikan Borang A untuk anda.
  • Semak Borang A tersebut dan pastikan semua butiran peribadi anda diisikan dengan tepat, sebelum menandatangani borang tersebut.
  • Simpan salinan Borang A yang diserahkan kepada anda. Anda perlu menghantar foto borang tersebut untuk serta dalam pertandingan ini!
    Sampel Borang A seperti di bawah.

example-borang-a

Syarat & Terma

  • Penyertaan dalam pertandingan ini diambil sebagai penerimaan syarat & terma di bawah.
  • Pilihan slogan terbaik kami adalah muktamad.
  • Pertandingan ini hanya terbuka kepada sesiapa yang menghantar foto Borang A kepada INVOKE.
  • Kami berhak membatalkan penyertaan anda dalam pertandingan ini jika Borang A anda tidak ada, kurang jelas, palsu atau diubah secara digital. Kami akan hubungi anda sebelum membuat sebarang keputusan.
  • Jika slogan terbaik dihantar oleh lebih daripada satu peserta, INVOKE berhak mengagihkan hadiah wang tunai secara sama rata atau memililh secara rambang peserta yang akan menerima hadiah wang tunai.
  • Data yang anda isikan mungkin digunakan untuk tujuan hubungi anda jika anda menang hadiah atau untuk lebih memahami bagaimana INVOKE boleh memasarkan produk & perkhidmatan kami. Kami tidak akan menjual atau memberi data anda kepada pihak-pihak ketiga. Anda dapat mencari dasar privasi kami di sini.
Share This