Salam sukarelawan semua!

Macam mana raya tahun ni? Sempat berjumpa dan bersalaman dengan kaum keluarga? Semoga saudara/saudari sempat berhari raya dengan keluarga yang dekat dan jauh. Kalau ada yang bekerja pada hari raya tu, tidak mengapa, raya kan sebulan. Sambil makan rendang dan lemang, saya harap anda juga sempat menyebar mesej harapan kepada saudara yang lain tentang INVOKE dan harap mereka pun dapat turut serta dalam aktiviti sukarelawan kami.

INVOKE telah pun kembali beroperasi setelah bercuti selama seminggu. Kami kembali bertenaga dan tak sabar untuk teruskan aktiviti phonebank, canvassing, dan PACA. Harap-harap Syawal kali ini mengajar kita tentang perjuangan yang harus diteruskan walau apa cabaran yang terpaksa diharungi.

Jasa dan bantuan seluruh rakyat Malaysia terutamanya penderma dan sukarelawan INVOKE saya tidak akan lupa sampai bila-bila.

Salam Aidilfitri dari saya, isteri, Ben dan Kristi; serta seluruh kakitangan INVOKE di seluruh negara.

Ikhlas
RAFIZI RAMLI

Nota Kaki
1) Ben adalah anak saya yang berumur 4 tahun
2) Kristi adalah kucing saya yang berumur 8 tahun

Apa cerita minggu lepas?

INVOKE Penang memang power! Walaupun hari raya pertama, sukarelawan masih bersemangat untuk menjalankan sesi phonebank di ofis INVOKE. Tahniah semuanya!
Tak tahu phonebank tu apa? Mari tengok video ni!
Dalam kami bergembira, ada juga mereka yang berduka. Malangnya rakan-rakan kita di Batu Pahat diuji dengan kemalangan banjir tempoh hari. Sukarelawan telah pun dihantar ke tempat kejadian untuk menolong mangsa. Link: http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/43-evacuated-as-flash-floods-hit-batu-pahat
 
Kempen Hidupkan Ramadhan kami telah pun berlangsung dengan jayanya. Atas sumbangan yang anda telah berikan, kami telah berjaya mengetuk pintu berpuluh rumah dan bertemu penduduk-penduduk yang kurang bernasib baik. Terima kasih atas semua sumbangan anda. 

Kami masih perlukan sukarelawan untuk melakukan aktiviti-aktiviti lapangan ini! Saya akan terus bergerak dari negeri ke negeri untuk bertemu sukarelawan.

Jika anda sudah sign-up tapi belum dapat notifikasi tentang aktiviti berdekatan anda, sila ke http://volunteer.invokemalaysia.org/users/confirmation/new, buka emel kami, dan jawab semua soalan. Jika anda belum berdaftar, sila ke http://bit.ly/JomJoinINVOKE.

Saya harap kita akan berjumpa di aktiviti lapangan yang seterusnya dan selamat menyambut bulan Syawal.

Rafizi Ramli
Sukarelawan INVOKE #00001
 

This email was sent to [email protected]
why did I get this?    unsubscribe from this list    update subscription preferences
INVOKE Malaysia · 35-2, The Trillium, Jalan Tasik Utama 6 · Medan Niaga Tasik Damai · Sungai Besi, WPKL 57000 · Malaysia

Share This