Berikut ialah kupasan aktiviti-aktiviti kami sepanjang minggu!

Apa cerita minggu lepas?

Sabtu lepas, pasukan Sembrong yang diketuai Abang Yusof telah memberi sumbangan kepada ibu tunggal yang mempunyai 7 orang anak. Kami berharap sumbangan yang diberikan bermanfaat bagi keluarga ini di bulan yang mulia.
Kami bangga dengan pasukan Kapar yang bukan sahaja membuka kaunter daftar undi untuk satu hari, malah dua hari berturut-turut! Di sini mereka dilihat membuka kaunter di Pasar Pagi Taman Eng Ann di Klang bermula pukul 8 pagi.
Dan hari seterusnya membuka kaunter di pasar yang sama. Tahniah pasukan Kapar!
Di Wangsa Maju pula, pasukan lapangan kami baru sahaja melancarkan aktiviti lapangan mereka dengan taklimat canvassing, phonebank, PACA dan sebagainya. Taklimat ini diikuti dengan majlis buka puasa yang dihadiri ramai. Tahniah dan semoga maju jaya, pasukan Wangsa Maju!
Di Johor Bahru, jurulatih PACA kami begitu fokus dalam mengendalikan latihan PACA. Polling agen dan counting agen (PACA) adalah sangat penting kerana mereka adalah benteng pertahanan menentang salah laku sewaktu membuang undi nanti. Kami harap ada lagi latihan sebegini supaya memastikan proses pilihanraya bersih dan adil.
Dan di Padang Rengas, kami ada Syahir, pengurus lapangan INVOKE yang bekerja kuat dalam membuat culaan rumah ke rumah di Kampung Stor. Kami percaya dengan kerja culaan, kami dapat meyakinkan penduduk setempat untuk keluar mengundi sewaktu pilihanraya tidak lama lagi.

Apa cerita minggu ini?

Dengan ketibaan bulan Ramadhan, INVOKE Malaysia telah melancarkan sebuah kempen rumah ke rumah pada bulan Ramadhan ini. Objektif utamanya adalah untuk membantu golongan fakir miskin yang sudah terlalu lama dipinggir oleh masyarakat kebanyakan.

Saya jemput semua rakyat Malaysia, samaada beragama islam ataupun tidak untuk bersama menjayakan program ini, hanya sumbangan RM60 diperlukan untuk menampung kos pembelian barangan asas untuk sebuah keluarga fakir miskin. Setiap ringgit yang disumbangan untuk kempen ini akan disalurkan kepada golongan rakyat yang paling memerlukan.

Barang-barang asas yang akan disumbangkan kepada setiap keluarga fakir miskin bersama kos anggaran:

Minyak Masak (2kg) RM9.70
Beras (5kg) RM13.00
Gula (1kg) RM2.95
Tepung (1kg) RM2.50
Kentang (1 1/2 kg) RM3.20
Bawang (2 1/2 kg) RM3.20
Garam (2 paket) RM3.00
Sardin (1 tin) RM6.00
Telur (30 biji) RM5.00
Mee hoon (1 paket) RM5.00
Serbuk Kari (1 paket) RM2.50

Sila ke bit.ly/HidupkanRamadhan untuk maklumat lebih lanjut.

Disclaimer: Paparan ‘Mobile 88 Sdn Bhd’ sebagai ‘Merchant Name’ adalah satu proses biasa. Sila teruskan proses bayaran. 

Kami masih perlukan sukarelawan untuk melakukan aktiviti-aktiviti lapangan ini! Bulan Ramadhan bukan patut dilihat sebagai kekangan untuk menyelaraskan aktiviti sukarelawan. Malahan, ia patut dilihat sebagai satu peluang untuk meluaskan ibadah amal ma’ruf nahi mungkar.

Jika anda sudah sign-up tapi belum dapat notifikasi tentang aktiviti berdekatan anda, sila ke http://volunteer.invokemalaysia.org/users/confirmation/new, buka emel kami, dan jawab semua soalan. Jika anda belum berdaftar, sila ke http://bit.ly/JomJoinINVOKE.

Saya harap kita akan berjumpa di aktiviti lapangan yang seterusnya dan selamat menyambut bulan Ramadhan.

Rafizi Ramli
INVOKE Volunteer #00001

 

This email was sent to [email protected]
why did I get this?    unsubscribe from this list    update subscription preferences
INVOKE Malaysia · 35-2, The Trillium, Jalan Tasik Utama 6 · Medan Niaga Tasik Damai · Sungai Besi, WPKL 57000 · Malaysia

 

Share This