Kempen Hidupkan Ramadhan kami telah berbuah hasil. Tahniah pasukan INVOKE dan semua jentera kawasan. Semoga sumbangan diberi dapat meringankan beban tangan yang menyambutnya.

Berikut ialah hasil dari gerak kerja kami –

Apa cerita minggu lepas?

YB Fuziah Salleh kelihatan sedang mendengar cerita penduduk di Kuantan. Sambil berziarah, YB dan pasukannya telah menghantar hamper Hidupkan Ramadhan untuk jamahan seisi keluarga. Tahniah semua.
Prof. Rusnah di Melaka pula, sedang menghantar hamper ke penduduk sekitar kawasan. Tidak kira bangsa mahupun agama, selagi rakyat Malaysia perlukan bantuan, kami akan terus berusaha untuk tolong.
 
YB Amin dari Sikamat pun turun padang! Meriah sungguh gerak kerja Hidupkan Ramadhan!
 
Tengok betapa penuhnya kereta diisi dengan sumbangan anda! Sememangnya kempen ini tidak gerak tanpa usaha semua. Sama-sama kita bantu mereka yang memerlukan.
 
Kaunter daftar pengundi terus jalan walaupun bulan Ramadhan. Semangat sungguh sukarelawan kami! Ketiadaan elektrik tidak menjadi halangan untuk INVOKE menyelaraskan kerja. Syabas semua 🙂

Apa cerita minggu ini?

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera warga Kedah! Saya akan turun padang Jumaat ini!

Pada 16 Jun 2017, jam 3 petang, saya akan menemui penduduk Sungai Petani untuk menerangkan kerangka dasar menaikkan gaji, menghapuskan diskriminasi kerja mengikut kaum dan mengurangkan pekerja asing di Pejabat Alor Setar, 119, Rumah Kedai Taman Wira B, Mergong, Alor Setar. Pada hari tersebut, saya juga akan berjumpa dan melatih sukarelawan INVOKE. Anda berpeluang untuk berdialog dengan saya dan jika anda belum mendaftar sebagai sukarelawan INVOKE, anda boleh buat demikian di sana. Bawalah keluarga dan rakan-rakan bersama!

Sila hubungi koordinator kami bagi sebarang soalan – Saharuddin: 0134113016

Kami masih perlukan sukarelawan untuk melakukan aktiviti-aktiviti lapangan ini! Saya akan terus bergerak dari negeri ke negeri untuk bertemu sukarelawan.

Jika anda sudah sign-up tapi belum dapat notifikasi tentang aktiviti berdekatan anda, sila ke http://volunteer.invokemalaysia.org dan edit profil anda mengikut kawasan tempat tinggal anda. Kami akan hantar emel dalam masa terdekat.

Saya harap kita akan berjumpa di aktiviti lapangan yang seterusnya dan selamat menyambut bulan Ramadhan.

Rafizi Ramli
INVOKE Volunteer #00001
 

This email was sent to [email protected]
why did I get this?    unsubscribe from this list    update subscription preferences
INVOKE Malaysia · 35-2, The Trillium, Jalan Tasik Utama 6 · Medan Niaga Tasik Damai · Sungai Besi, WPKL 57000 · Malaysia

Share This